Sebelum menjadi seorang ibu saya memang tidak jangka kerja sepenuh masa sebagai seorang ibu adalah begitu susah, kerja ini bagaikan seorang askar di medan peperangan bertempung dengan musuh yang penuh dengan muslihat. Bukan sahaja penat dari segi fizikal malah kena bermain teknik psikologi, terutamanya saya ada dua budak lelaki yang sungguh bertenaga.
Sungguh bernasib baik kerana ibu sanggup menjaga anak-anak semasa saya kerja, setelah Bersusah-payah membesarkan kami tiga adik-beradik ibu sepatutnya berehat dengan aktiviti yang dia sukai tetapi dia masih menghulur pertolongan apabila saya memerlukannya. Kalaulah saya , kemungkinan besar saya tidak sanggup 'berkorban' seperti ini apabila saya ada cucu suatu hari nanti.
Apa yang boleh saya buat untuk balas jasa mulia ibu, soalan yang lebih sukar daripada mana-mana peperiksaan...
Monday, April 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment